Pages

Saturday, September 17, 2011

Fakta: 10 fakta menarik tentang Malaysia!!!

Sempena sambutan Hari Malaysia  pada 16 September ini..Bujang nak kongsikan beberapa fakta yang menarik tentang negara  Malaysia yang kita cintai ini...Selamat Hari Malaysia!!!


1. Khidmat Negara pertama kali diadakan adalah pada tahun 1962,iaitu semasa Konfrontasi Indonesia. Remaja berumur 21 sehingga 28 tahun yang layak telah dipanggil untuk membantu kerajaan.
Program Latihan Khidmat Negara
Klik Read More





2. "TUN" adalah gelaran yang paling 'senior' yang digunakan pada peringkat persekutuan dan penerimanya tidak lebih 25 orang dalam satu-satu masa..


Tun Abdul Razak
3. Bendera Malaysia mula digunakan secara rasmi pada 16 September 1963. Bendera ini direka oleh Mohamed Hamzah, Arkitek berumur 29 tahun di Jabatan  Kerja Awam di Johor Bharu pada masa itu yang menyertai pertandingan mencipta bendera Malaysia.

Jalur Gemilang
4. Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia kedua dan ketiga merupakan antara pengamal Seni Silat Gayong yang disegani pada zaman mereka.

Silat Gayong Malaysia
5. Nasi Kandar,salah satu masakan unik  yang dibawa oleh migrasi India Muslim, telah menjadi antara makanan paling popular di Malaysia. Nasi Kandar yang terbaik adalah di Pulau Pinang dan setiap penggemar makanan ini ada lauk kegemaran mereka yang tersendiri.

Nasi Kandar
6. Jepun telah mendarat di Kota Baru, Kelantan semasa penjajahannya pada Perang Dunia ke-2 pada tahun 1941.Ironinya, Tentera jepun  telah menawan Tanah Melayu dan sampai ke Singapura dalam masa 45 hari hanya dengan berbasikal.

Tentera Jepun
7. Pada ketinggian 421 Meter, Menara Kuala Lumpur merupakan menara keempat tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara.
Menara Kuala Lumpur
8. Jambatan Pulau Pinang sepanjang 13.7 km merupakan jambatan ketiga terpanjang di Asia.
Jambatan Pulau Pinang
9. Lima tahun pertama Pilihan Raya Umum selepas pembentukan Barisan Nasional adalah pada tahun yang sama Kejohanan Piala Dunia berlangsung,pada tahun 1974(German), 1978(Argentina), 1982(Spain), 1986(Mexico),dan 1990 (Italy).

Pilihanraya Umum Malaysia
10. Banggunan Sultan Abdul Samad telah dipelihara selama lebih dari 103 tahun.

Banggunan Sultan Abdul Samad



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...